1895(?) - dilahirkan di kampong Keranaan Tambunan, anak
ketiga kepada Konsuoi dan Sabanau.
1915 -beliau mengingati peristiwa semasa pemberontakan di
Rundum, dimana beliau telah di "sopihang" (gantung)kan kepala seorang
perempuan Murut yang telah diambil oleh "kamaman "beliau, sebagai
tanda keberanian seorang anak lelaki.
1918 - beliau telah mencatatkan dalam diari beliau pada
22.5.1918, bahawa beliau telah ke Ranau dari Keningau pada 22.4. 1918, jam 12.40
P.M. untuk menyiasat kes pembunuhan (kes PR 41/18)
1919 - beliau telah mencatatkan dalam diari nya pada
18.1.1919 bahawa beliau telah keluar untuk membuat"round Custom Guard dan
Guard di atas Bukit Bendera", jikalau mereka a buat kerja betul atau tidak.
1924 - beliau telah dikahwinkan kepada Sodiom walaupun
beliau berhasrat bersekolah di "mission school' pertama di Tambunan bersama
dengan (Datuk) Anthony Gibon dan (Datuk) Sundang.
1927 -anak lelakinya Abbie telah di lahirkan di Tambunan.
1930 - beliau telah ditukarkan ke Kota Belud dimana anak
perempuannya Sainam telah dilahirkan.
1933 - beliau telah ditukar balik ke Batu Tiga dimana anak
perempuannya kedua telah dilahirkan.
1937 - Isterinya Sodiom meninggal dunia semasa melahirkan
anaknya yang keenam.
1938 - beliau telah ditukarkan ke Papar, dimana beliau telah
ternampak Laima, pada masa itu seorang berumur 14 tahun. Abangnya Jaikul,
seorang "dresser", juga kawan-karibnya telah mencadangkan kepada
beliau supaya meminang adiknya Laima sebagai ibu kepada ketiga orang
anak-anaknya yang masih tinggal di Tambunan.
Beliau kemudian telah menulis surat kepada Sargeant Imbayan,
bapa kepada Laima. Namun beliau telah diberitahu bahawa anaknya Laima masih
terlalu muda untuk dikahwini dan menunggu satu tahun.
1939 - Berkahwin dengan Laima selepas itu balik ke Papar
bersam a anak lelakinya Abbie untuk disekolahkan di Papar.
1940 -Anak sulong mereka Pairin di lahirkan pada 17.8.1940.
1945 -Beliau telah mencatatkan dalam diarinya bahawa N.C.
Taliban punya sulap kena timbak.
Pada 7.6.1945,jam 10.00 pagi, Sintar mati, kena timbak kapal
terbang di kg. Keranaan.
Pada 15.6.1945, kapal terbang timbak kisaran di opis Tambunaa.
Pada 5.7.1945 10. 00 A.M
Tambunan station kena timbak.
Pada 11.7.1945 11.00 A.M. Station Tambunan kena bom dan
kandang kumiai kena bom juga. Kg. Kituntul dan hutannya kena tembak.
Pada 13.7.1945, 11. A.M. Tampasak dan kg. Pomotodon ditembak
dan dua orang mati
Pada 7.10. 1945, beliau telah mencatatkan dalam Diarinya
bahawa Ampau punya bini report pasal kerbaunya "Kumiai" sudah potong
tiada bayar.
1948 - Beliau telah mencatatkan dalam buku notanya "pada
18.12.1948, saya jaga charge Room dari 0630 hingga 1055 saya dapat report dari
P.c.754 Nawabdin bilang ada orang dusun mati kena langgar lori di karamunsing
kata P.p.1215/48 terus saya report pada inspector Ganti dan Inspector pun terus
beri telephone Batu Tiga, dan kemudian Inspector keluar pergi periksa bersama-sama
Det. dan pasal acc. sendiri tidak dia datang report kemudian police sudah
periksa ini hal baru acc. datang police station."
1952 - beliau telah bersara daripada perkhidmatan Polis .
Dalam diari beliau telah mencatat peristiwa-peristiwa seperti
berikut "pada 21.2.1958, ada meeting ini pasal ini Borneo
dan Sarawak dan Barunai mau bikin satu dan semua ada akon, tetapi ini saja
imagarition mesti jaga betol, sabap jika perintah lepas saja orang-orang keluar
masok tantu ada orang jahat masok dalam Borneo jadi Kuminis, meating ini belum
tantu."
1963 - Sabah merdeka melalui pembentukkan Malaysia. Beliau
mengundi di Tambunan
1976 - beliau bersara sebagai Orang Tua Kampong Keranaan dan
di ambil alih oleh Ex. Sargeant Alip Gombuli.
1985 - Merayakan harijadi ke 80 tahun bersama dengan
isterinya Lucia Laima.
1992 - Beliau dianugerahkan gelaran "Datuk" oleh
Tun Said Keruak Tuan Yang Terutama, sabagai penghargaan kepada jasanya kepada
rakyat dan Negeri Sabah.
1993 - beliau menyambut Hari Jadi nya yang ke 88.