Bapa Kitingon

Information on Kitingan Family

Home
Tribute to Bapa
Bapa meninggal

 

 

Chronology of events in the life of  Datuk Francis Xavier Kitingan Sabanau.

1895(?) - dilahirkan di kampong Keranaan Tambunan, anak ketiga kepada Konsuoi dan Sabanau.

1915 -beliau mengingati peristiwa semasa pemberontakan di Rundum, dimana beliau telah di "sopihang" (gantung)kan kepala seorang perempuan Murut yang telah diambil oleh "kamaman "beliau, sebagai tanda keberanian seorang anak lelaki.

1918 - beliau telah mencatatkan dalam diari beliau pada 22.5.1918, bahawa beliau telah ke Ranau dari Keningau pada 22.4. 1918, jam 12.40 P.M. untuk menyiasat kes pembunuhan (kes PR 41/18)

1919 - beliau telah mencatatkan dalam diari nya pada 18.1.1919 bahawa beliau telah keluar untuk membuat"round Custom Guard dan Guard di atas Bukit Bendera", jikalau mereka a buat kerja betul atau tidak.

1924 - beliau telah dikahwinkan kepada Sodiom walaupun beliau berhasrat bersekolah di "mission school' pertama di Tambunan bersama dengan (Datuk) Anthony Gibon dan (Datuk) Sundang.

1927 -anak lelakinya Abbie telah di lahirkan di Tambunan.

1930 - beliau telah ditukarkan ke Kota Belud dimana anak perempuannya Sainam telah dilahirkan.

1933 - beliau telah ditukar balik ke Batu Tiga dimana anak perempuannya kedua telah dilahirkan.

1937 - Isterinya Sodiom meninggal dunia semasa melahirkan anaknya yang keenam.

1938 - beliau telah ditukarkan ke Papar, dimana beliau telah ternampak Laima, pada masa itu seorang berumur 14 tahun. Abangnya Jaikul, seorang "dresser", juga kawan-karibnya telah mencadangkan kepada beliau supaya meminang adiknya Laima sebagai ibu kepada ketiga orang anak-anaknya yang masih tinggal di Tambunan.

Beliau kemudian telah menulis surat kepada Sargeant Imbayan, bapa kepada Laima. Namun beliau telah diberitahu bahawa anaknya Laima masih terlalu muda untuk dikahwini dan menunggu satu tahun.

1939 - Berkahwin dengan Laima selepas itu balik ke Papar bersam a anak lelakinya Abbie untuk disekolahkan di Papar.

1940 -Anak sulong mereka Pairin di lahirkan pada 17.8.1940.

1945 -Beliau telah mencatatkan dalam diarinya bahawa N.C. Taliban punya sulap kena timbak.

Pada 7.6.1945,jam 10.00 pagi, Sintar mati, kena timbak kapal terbang di kg. Keranaan.

Pada 15.6.1945, kapal terbang timbak kisaran di opis Tambunaa.

Pada 5.7.1945 10. 00 A.M

Tambunan station kena timbak.

Pada 11.7.1945 11.00 A.M. Station Tambunan kena bom dan kandang kumiai kena bom juga. Kg. Kituntul dan hutannya kena tembak.

Pada 13.7.1945, 11. A.M. Tampasak dan kg. Pomotodon ditembak dan dua orang mati

Pada 7.10. 1945, beliau telah mencatatkan dalam Diarinya bahawa Ampau punya bini report pasal kerbaunya "Kumiai" sudah potong tiada bayar.

1948 - Beliau telah mencatatkan dalam buku notanya "pada 18.12.1948, saya jaga charge Room dari 0630 hingga 1055 saya dapat report dari P.c.754 Nawabdin bilang ada orang dusun mati kena langgar lori di karamunsing kata P.p.1215/48 terus saya report pada inspector Ganti dan Inspector pun terus beri telephone Batu Tiga, dan kemudian Inspector keluar pergi periksa bersama-sama Det. dan pasal acc. sendiri tidak dia datang report kemudian police sudah periksa ini hal baru acc. datang police station."

1952 - beliau telah bersara daripada perkhidmatan Polis .

Dalam diari beliau telah mencatat peristiwa-peristiwa seperti berikut "pada 21.2.1958, ada meeting ini pasal ini Borneo dan Sarawak dan Barunai mau bikin satu dan semua ada akon, tetapi ini saja imagarition mesti jaga betol, sabap jika perintah lepas saja orang-orang keluar masok tantu ada orang jahat masok dalam Borneo jadi Kuminis, meating ini belum tantu."

1963 - Sabah merdeka melalui pembentukkan Malaysia. Beliau mengundi di Tambunan

1976 - beliau bersara sebagai Orang Tua Kampong Keranaan dan di ambil alih oleh Ex. Sargeant Alip Gombuli.

1985 - Merayakan harijadi ke 80 tahun bersama dengan isterinya Lucia Laima.

1992 - Beliau dianugerahkan gelaran "Datuk" oleh Tun Said Keruak Tuan Yang Terutama, sabagai penghargaan kepada jasanya kepada rakyat dan Negeri Sabah.

1993 - beliau menyambut Hari Jadi nya yang ke 88.

4hb Jun 1996 - beliau meninggal dunia

 

 
Hit Counter Other upcoming pages: The Kitingan Family Tree. Articles of interests (culture, business, health). Home Page